Posts

Showing posts with the label Ngeri

Sempat Minta Maaf Pada Ibu

Image
Sungguh menyayat hati apabila terbaca kisah sedih kemalangan ngeri yang berlaku kepada sekeluarga ini... semoga pemergian Siti Yuslianis Roslan dan ibu tercinta ditempatkan dikalangan orang beriman. Foto DUA maut, seorang cedera parah dalam kemalangan membabitkan empat kereta dan sebuah lori di KM 256 Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke Utara berdekatan Terowong Menora dekat Ipoh. Kuala Kangsar: “Saya sempat meminta maaf dengan ibu selepas melihat keadaannya. Ibu yang tenat sempat memberitahu dia sudah memaafkan semua kami adik-beradik dan turut meminta maaf kepada kami,” kata Yusriman Roslan, 22. Yusriman ialah pemandu kereta Proton Saga BLM yang dirempuh sebuah treler dalam kemalangan jalan raya membabitkan lapan kenderaan di Kilometer 256, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran Terowong Menora dekat sini, semalam. Dalam nahas jam 11.40 pagi itu, Norhayati Wook, 50, dan anaknya, Siti Yuslianis Roslan, 22, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di badan. Abangnya, Yus...

Foto Saat-Saat Sebelum Kemalangan Ngeri

Image
Foto Saat-Saat Sebelum Kemalangan Ngeri - Inilah foto-foto yang sempat di upload menerusi Facebook sebelum kemalangan ngeri berlaku kepada sebuah kereta yang dirempuh lori yang dikatakan memandu secara laju lalu hilang kawalan dan tiba-tiba melanggar belakang kereta berkenaan. Malang tidak berbau itu lah yang dapat diungkapkan terhadap apa yang berlaku, keriangan satu keluarga berakhir tragedi dalam Kemalangan Ngeri selepas Terowong Menora lebuh raya PLUS. Pemandu kereta Muhammad Yusriman ( Baju Merah ) dan keluarga nya sempat mengambil gambar di dalam kereta sebelum kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan ngeri, yang mengorbankan ibu dan kakak nya yang berada di belakang kereta terbabit. Manakala adik mangsa yang mengambil gambar cedera parah, beliau dan adik permepuan nya yang merupakan seorang kanak-kanak dalam kereta tersebut terselamat dalam kemalangan ngeri itu.