Pencapaian Najib lebih buruk dari Pak Lah
PETALING JAYA : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini melemparkan kritikannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pencapaian buruknya selepas menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi. “Perdana Menteri ke-lima, setelah menang besar dalam PRU (Pilihan Raya Umum) 2004, kehilangan lima buah negeri, satu wilayah dan kemerosotan yang besar di Dewan Rakyat dalam PRU 12, 2008. “Sepatutnya pengganti memperoleh kemenangan yang lebih baik. Tetapi tidak. Pencapaian Perdana Menteri ke-enam (Datuk Seri Najib Tun Razak) lebih buruk lagi dalam PRU 13 setelah memberi wang kerajaan kepada berjuta rakyat, membelakangkan Dasar Ekonomi Baru, melayan orang yang tidak hargai layanan, meningkatkan hutang kerajaan, mendengar nasihat konsultan luar dan lain-lain lagi,” katanya dalam entri terbaru http://chedet.cc/. Beliau menambah, dengan pencapaian yang buruk itu, Najib seharusnya mengkaji semula dasar dan amalan yang tidak baik. Katanya, walaupun Najib menerima teguran,...