5 Foto Mengerikan Ratusan Telur Menetas Di Kaki
#Infopalinghot - Sungguh mengelikan apabila tapak kaki seorang lelaki menjadi sarang bertelur beratus-ratus pepijat selepas beliau kembali dari Tanzania. LONDON – Ia merupakan pengalaman yang menakutkan bagi seorang graduan dari Universiti Plymouth apabila seekor pepijat dan beratus-ratus telur keluar daripada kakinya, selepas beberapa minggu dia pulang dari Tanzania. Ketika itu, Matthew O’ Donnell, 22, sedang berehat di atas katilnya apabila tiba-tiba dia berasa kakinya mencucuk-cucuk sebelum pepijat itu yang menetaskan hampir 100 telur kecil berderai keluar melalui bahagian tapak kaki. "Saya terkejut melihat telur dan pepijat itu. Tapi kemudian baru saya teringat bahawa salah seorang kawan saya juga mempunyai bengkak yang sama di bahagian kuku jari kakinya". “Nampaknya serangga itu menggunakan kaki saya sebagai `tiket’ percuma untuk keluar dari Tanzania,’’ katanya. O’Donnell sebelum itu menghabiskan cuti musim panasnya dengan menjadi sukarelawan di kawasan pedalaman Tanzani...